Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Tuesday 15 September 2009

...tentang hati...

Sukarnya nak mnjaga hati..hati org sekeliling..hati org yg disayangi..hati sendiri lg sukar..kata orang..daripada menjaga hati org lain..lbh baik jaga hati sendiri..sebab..kalau kita terlalu waspada demi menjaga hati org..siapa pula yg sudi menjaga hati kita..lalu terabailah hati kita..remuk redam tak bertepi..itu kata orang..tapi kata aku..

Aku akn cuba sedaya upaya menjaga hti orang2 yg aku sayangi..kerana bagi aku..kebahagiaan aku terletak pada kegembiraan mereka..aku jadi dungu semata2 utk membahagiakan org lain..aku jd alpa bahawa hati aku tak terjaga..aku jadi kilaf bahawa hati aku sedang bernanah..aku masih biarkan..kerana bg aku itulh sifat manusia..tidak sedar bahawa mereka disayangi..tidak sedar bahawa kehadiran mereka dihargai....Aku yg mengorbankan hati ini untuk dilukai..untuk bernanah..dan aku juga tlh merelakan hati ini utk dihancuri..tanpa aku sedari..kerana dalam hatiku berkata..sabarlah hati..sayangilah mereka..walaupun mereka tidak menyayangi dan menghargai kamu..Lalu..aku mencari seribu penawar..untuk merawat hatiku yg sentiasa dirundung rawan..dan kutemui satu jalan...membuat mereka ketawa dgn kebodohan aku..ya..itu jalan yg aku pilih dan sedang lalui..aku bulatkn tekad..kerana melihat mereka ketawa dan memperkecilkan kebodohanku adalah kegembiraan bg mereka..maka di situlah wujud kebahagiaan bagiku..

Mereka tak pernah tahu saat hatiku benar2 hancur..kerana saat itu..aku memilih utk menyendiri..saat aku memilih untuk berdiam diri..ya...saat aku dlm kondisi itu..bermakna hatiku sedang rawan..hatiku sudah tk tertahan menanggung derita.. Pastinya kalian jelik dgn aku..sb aku terlalu naif dlm menjga hati aku sendiri.. pernah aku fikirkan..untuk membawa diri jauh dari segalanya..tp..akalku masih waras..kerana melarikan diri dari masalah..bagiku adalah seorang yg pengecut..lantas aku hadapinya walaupun saban hari..hati yg sekeping ini makin tawar..makin hancur.. aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan..kerana aku bimbang hatiku tak akan bernyawa lagi..aku tidak pernah menangis walau seteruk manapun luka di badan yg aku alami..kerana kata mak..hati aku keras..ya mak..hati anakmu yg satu ini mmg keras..aku terpaksa keraskn hati ..kerana untuk membahagiakan org lain dan demi merawat hatiku dari terus parah dan hancur..

Kadang2..aku terlalu kecewa dgn perjalanan hidupku..bahagia yg aku kecapi terlalu singkat..lalu aku biarkan rasa kecewa itu terus merantai hati..namun mujurlah..Allah masih menyayangiku..aku tersedar..dan terus mengingatinya..aku menangisi kealpaanku..Dan barulah aku sedar..sesungguhnya Allah itu maha penyayang..lalu diuji hambanya supaya sentiasa mengingatiNya...

Hati..oh hatiku...banyak sungguh duri yg tersusuk di dalammu..sampaikan nanah semalam belum kering..tersusuk lagi dgn belati tajam..berdarah lgi engkau wahai hatiku..sabarlah hati..sabarlah hati..kerana aku sgt syg padamu..sabarlah hati..sembuhkanlah luka2mu itu..biar parut yg menghiasi..asal kau tidak lagi berdarah dan bernanah..oh kecewa..berlalulah engkau pergi..jangan di huni lagi sang hati yang parah..izinkanlah ia sembuh..walau untuk seketika..pergilah kau wahai rasa kecewa..menghilanglah kau di balik untaian tasbih dan zikrullah..semoga untaian doa mampu merawat hatiku yang rawan ini..

Amin....

No comments: