Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Tuesday 15 September 2009

...resah kecewa...

...merenggut hati..membadai rasa..mencipta gundah..itulh erti sebuah kekecewaan.. kenapalah kekecewaan ini sering beraja di hati..seperti kata seorang teman..sukarny untuk memuaskan hati org2 sekeliling..apa saja yg aku lakukan..pasti ada sumbangnya.. Duhai insan2 sekelilingku..aku tidak pernah terdetik untuk meminta kalian memahamiku..apa lagi untuk menyayangiku..yang mampu kulakukan hanyalah menyandarkan sebuah harapan..satu harapan agar kalian dapat menerima aku seadanya..menerima bahawa hakikat kejadian ilahi..sesungguhnya manusia itu tidak sempurna..lalu janganlah kalian mengharapkan aku memahami kalian saja..sebaliknya berhasratlh agar kita saling menampal..mana yang kurang dan mana yg lebih..aku cuma mendoakan agar kalian menerima kekurangan dan kelebihanku..bukan mencari keistimewaanku dan meniggalkan aku saat kalian mentafsir kekuranganku..kamu meminta agar aku sama seperti kamu..padahal telah aku nyatakan seawal perkenalan kita..aku ini none perfect..tunjukilah aku jalan yg benar..sama2lah kita mengemudi dunia ini mencari keindahan yg hakiki..kata teman aku lg..aku ni pelik..sebenarnya aku tidak pelik..pelik itu kamu tafsirkan dari hati kamu..kerana kamu menginginkan semua org seiring dan sejalan seperti kamu..

Wahai insan yang aku sayangi..tahukah kamu..bahawa Allah menciptakan bumi ini dihuni oleh pelbagai ragam manusia..pelbagai keturunan manusia..yg berakar umbi kepada keturunan yg SATU..masakan kamu meminta org2 sekeliling memahami kamu..sedangkan kamu sendiri tidak pernah memahami mereka..seharusnya kamu meminta agar kita sering melengkapi..menerima kekurangan dan kelebihan masing2..kamu cuma merasakan kecewa yg kamu hadapi..tp pernahkah kamu menghitung kecewa yg kamu ciptakan?? Ya..aku terlalu sayang kamu..maka pelbagai cara aku lakukan utk memuaskan hati kamu..hingga kekadang..aku kilaf sehingga melampaui batas..dan kamu..kembali merobek hati ini..kecewa lg aku kerana kamu..telah berulang kali..aku bangkit sendiri mengubat kecewa ini...kecewa yg kau ciptakan..saat kecewa itu pergi..aku dgn rendah diri menghampirimu.aku yg menghulurkan maaf..namun kau biasa tanpa kata maaf.. kupujuk hati ini lg..agar menerima itu sikapmu yg azali....

Kecewa hati ini makin berlagu..kau hebohkan keaibanku kepada pelusuk dunia..saat hati mula menerimamu kembali..aku kecewa lgi..kali ini paling dalam..aku di persimpangan..sama ada menerimamu dan menghinakan diri lg..atau terus menjauhkan diri..wahai insan yg bergelar teman..sahabat..kekasih..aku yg naif atau kau yg terlalu ego..

Ternyata kau lupa pesanku..seawal perkenalan kita..bukankah telah berulang kali aku katakan..kiranya kau tidak betah dengan tingkahku..luahkan saja padaku..jangan kau khabarkan pada yg lain..kerana tahukah kau..kau telah mengguris hati ini dgn membuka aibku..lalu mahukah kau aku labelkan dengan 'KEJAM'?.. Aku kecewa dgn sikapmu..aku kecewa dgn sikapmu..aku sungguh2 kecewa dgn sikapmu....Lalu janganlah kau menangisi kiranya aku mulai menjauh..jangan kau kesali saat aku mula menghilang.. keranan kecewaku terhadapmu sudah tidak tertanggung lg..

Kau lakukan begini kepada aku..nescaya akan ada saatnya..kamu merasai ia pula..
Wahan teman..wahai sahabat..wahai kekasih.. kudoakan agar dirimu sentiasa di bawah limpahan rahmatNya..semoga dirimu diberi pengertian..bahawa hidup ini bukanlah sesuatu yg indah..dan dunia ini bukanlah mengikut kehendakmu..

No comments: