Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Monday 11 October 2010

~Andai ini takdir-Nya~

Alhamdulillah....aku diberikan kesempatan untuk kecewa buat kali kedua.... Satu-satunya  sang Adam yang pernah bertaut di hatiku sejak aku bergelar pelajar universiti.... Saat mengetahuinya...aku jadi kelu...minda jadi beku...hati aku....aku tidak tahu apa rasanya...biarlah hanya alam maya ini yang mengetahui kecewa hatiku... Allah... kini Kau mula menguji hatiku pada kaum yang bernama Adam...Kau mula membenihkan perasaan ingin disayangi untuk melengkapkan lumrah hidup seorang Hawa.... Ya Allah....Kau tabahkanlah sekeping daging ini...Ya Allah... jika dia untukku...baik bagiku...dan agamaMu...kau dekatkanlah dia denganku...satukanlah hati kami ya Allah....Ya Allah...yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pelindung... seandainya dia bukan untukku...kau jauhilah dia dariku ya Allah...Kau lindungilah seketul daging ini dari berbirat luka Ya Allah...sesungguhnya aku ini hambaMu yang kerdil ya Alla....Kau bantulah aku melupakannya Ya Allah..hanya padaMu tempat aku mengadu... walaupun aku ini antara hambaMu yang lalai... Ya Allah...Kau kuatkanlah sekeping hati ini dari terus terluka ya Allah.... sesungguhnya aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah...ya Zaljalla....Amin.....

Monday 30 August 2010

~My Inner Otaku~

 Assalamualaikum...

  As always, i would like to greet you all with salam assalamualikum.....

   Malam  pagi ni, aku terasa nak mengepost blog aku dengan sesuatu yg ramai orang tak tahu inner aku.. so posting aku kali ini bertemakan ke-otaku-an aku..hehe... Word otaku ni merupakan perkataan Jepun yang menjurus kepada mania@kegilaan@habit@addicted... begitulah yg aku ingat dan paham sikit2 maksud otaku ni... Pendek kata, contohnya kalo korang otaku kat motoGP, korang akan tahu, ingat dan sanggup berhabis duit, tak tido, tak makan semata-mata untuk memenuhi kegilaan korang tu.. Begitulah dengan aku...aku sangat otaku terhadap manga,anime dan cerita or lagu korea... tapi tahap keotakuan aku paling teruk dengan manga Jepun.. Mana-mana web yang aku jumpa untuk memenuhi kegilaan aku ini, semuanya berbasikal bermotto 
 "Feed Your Inner Otaku" (gapo?) buwahahahaah......Mengikut pentafsiran aku..otaku otak aku memang Dasar Pandang Ke Timur....hurm.... Dan otaku otak-aku makin menjadi-jadi sejak dah nak balik raya ni.. Jumaat sampai Ahad aku tak pergi ke mana-mana,( kecuali p bazar petang tadi )...melainkan berteleku atas katil dok tengok cerita animal anime..( gapo? ) ... Kalo bab perabis duit plop, tok sah cakap la, sape yang tak membebel kat aku pasal keotakuan aku ni???? Kecuali mak je yang tak tahu betapa buruknya habitat habit anak dia sorang ni....( sori mak ).. Rumate aku, kak Nad dah tak boleh nak cakap apa dah kat aku...dari aku 1st year sampai la final year ni...memang aku ni mat minah gian dengan manga jepun... Hai la jepun, penulis manga korang memang mat2 dan minah2 top la....aku boleh bagi tabik springx1000....hehe.. Masa end of 2rd year aku, sekotak besaq aku bt balik manga....punya la aku simpan elok2, alih2 time aku tkde kat rumah, kakak aku terjumpa rahsia aku ni...huhu..jenuh jugak la telinga aku ni terpaksa mendengar leteran akak aku tu...paham2 je la, perempuan ni, klo dah berleter susah nak berhenti... Ni aku dok menaippun still bertemankan lagu2 nihhon.. Bagi orang lain aku tak tahulah, tapi bagi telinga aku, sangat sedap mendengarnya seperti makan puding roti or puding jagung...waaa.....~nyam3~

    Nak dijadikan keotakuan aku malam ni...aku dok sambung tengok satu anime oleh penulis yang amat aku chentai...sape lagi klo bukan Obata Yuuki....huwaaaaaaaaaa..She such as a damn good writer/drawer manga... Satu2nya cerita yg berjaya membuat aku Google segala2nya tentang cerita dia adalah Bokura ga ita a.k.a We Were There.... with a bombastic song in anime version... Cuma jalan ceritanya bukanlah terlalu happy ending...well, even aku agak sebak dengan ceritanya, kadang2 logik akal aku memang menolak cerita yang sentiasa dengan happy ending...klise sangat la...dah lama aku baca manga BGI ni..cuma sedikit terbantut bila web yg aku selalu buka tu suspended.... tapi nasib baik jugalah rumate aku ni ada adik yang tergolong dalam golongan aku....hehe.. he gave me some sort of url that i can watch most popular anime... adalah dalam ++100 anime...termasuklah Bleach, Naruto dan sebagainya...( malas nak taip sebab banyak sangat ).. Aku palig suka manga2 terbitan Shogakukan inc... manga depa memang masyuk....duitpun agak masyuk jugalah... tapi average harga manga kat Malaysia ni sekitar RM6.50 dengan RM7.50 je...( tapi klo sekali beli 3,4 buah sekali harung botak jugakla ) . Berbalik kepada cerita BGI tadi ( Usami Maki pun best cerita n draw dia).. Disebabkan dah lama aku baca BGI ni, maka aku tak berapa ingat ending dia, kalo tak silap aku happy ending even happy dalam sad... tapi bila aku tengok anime..sah memang sad ending... Kalo korang nak dengar lagu2 dari cerita ni..bolehla google..

Opening Theme:
"Only You..." by Mi

Ending Themes:
"Aishiteru  by Mi
"Koko ni ite" by Kaori Asou
"Sunset" by Mi
"Suki dakara" by Izumi Katou
"Futari no Kisetsu ga" by Nozomi Sasaki
"Utsukushisugite" by Izumi Katou
"Kimi ga iru" by Izumi Katou
"Merry Go Round" by Nozomi Sasaki
"Kotoba" by Izumi Katou 

Dari kiri : Yamato, Nana,Yano . Take
     

Yano n Nana



p/s: aku dah ngantok sangat..so ni jelah cerita yg sempat aku post...jumpa next time....


Saturday 21 August 2010

~Akhirnya....~



Assalamualaikum.....

Sudah lama aku tak mnulis di blog ni...terlalu lama...dalam tempoh peninggalan aku tu..banyak benda yang berlaku...berubah...Terkadang ada yang sedih, gembira, marah...dan kadang2 ada yang bercampur baur..Sepanjang 1-8 Ogos yg lalu...aku kembali bersama dengan insan-insan yang sentiasa membuat hidup aku ceria...indah bak pelangi pagi...nyaman umpama udara di pergunungan...Ah, rasanya aku semakin merindui kalian!... Mereka sudah berijazah..sudah grad..sudah konvo...tinggal aku dan rumate aku yg masih bersisa setahun...kami budak pendidikan..maka kami ditinggalkan terlebih dahulu... Aku rindu sangat pada Kak Ain, Intan...dan Ct...aku sangat2 merindui kalian...7 Ogos lalu, Intan dan Linda konvo, 8 Ogos plak Ct konvo..After Ct konvo.. Intan terus balik Bentong dengan Fali (pakwe intan)...Ct masih di sini...Tapi....
     Part 2.....CT...
Semalam..dan malam ini...keadaan kembali seperti biasa...aku sepi lagi...Ct dah pergi meninggalkan USM.. kerana kejadian semalam...Ah, sungguhnya ia merupakan memori yang pahit bagi aku juga..!.. Kalaulah semua itu tak pernah berlaku..pasti aku masih punya teman di sini...Siangnya tadi..aku sempat berjalan2 dengan Ct di Queensbay dan tengok The Decent...kami bergelak..memukul2 seat dalam cinema...huhu... Sungguh ia kenangan terakhir kami...Entah bila kami bisa bersua lagi...kerana Ct telahpun meninggalkan pulau yang tidak bermutiara ini.....Sadis... Sori...malam ni tertouching2 pulak...

Hahahha....aku terlalu emo malam ni... Sebagai kenang- kenangan...aku buh pic depa konvo sikit..takat mana yang aku ada...
Intan
Nani dan Intan...Kak Ain yg konvo tahun lepas
Nani dan Ct

Time Ct konvo

Dengan Mak dan Wan Ct
Dengan Mak dan Abah Intan
Ct
Merekalah yang telah konvo..

~p/s: Mengenali kalian adalah yang terindah...bersahabat dengan kalian merupakan secebis kenangan terindah..Semoga kalian sentiasa berjaya...Aku Sayang Kamu...~


Thursday 27 May 2010

~Falsafah Coklat~

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ini, aku ingin berbicara lagi..bicara tentang coklat..bicara tentang makanan yang pernah membuat aku ketagih..makanan yang masih aku tidak boleh tinggalkan....

   Pelbagai coklat yang telah aku rasa..tiramisu,crispy,ferrero rochel ( tak tau eja)....senang cerita, dari RM1 sampailah RM00...yang 3k aku tak jumpa lagi...Maka, oleh kerana coklat telah menjadi sebahagian daripada darah daging aku, izinkan aku menghasilkan sebuah Falsafah Coklat...

Aku suka Dark Chocolate...

   *** Smooth and Creamy Dark Chocolate For The Purest Bittersweet Chocolate Taste***
                 ...Coklat Hitam yang Berkrim Untuk Rasa Coklat Pahit Manis yang Sebenar...

   Hidup umpama...
   Suatu hari, aku merasa sangat sunyi kerana aku ini sedang sendirian,
   Maka aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di bandar A,
   Bayu mengelus tubuhku membuatkan aku inginkan sesuatu yang bisa menghilangkan kesejukan ini,
   Ku temui Choc' Shop yang menawarkan pelbagai isi coklat hitam,
   Lalu, berdondon kotak coklat hitam aku borong...(kerana aku gila coklat)..
   Aku makan....
   Rasanya pahit,kurang manis...aku tidak terlalu memerlukan air minuman...
   Aku makan lagi..sehingga habis sekotak...
   Kerana aku Gila Coklat...


....Nah, aku yakin kalian kurang mengerti...Konklusinya hidup ini umpama:

    a)   rasa coklat hitam ( dark chocolate ) yang rasanya PAHIT dan MANIS.
    b)   coklat yang kamu suka dan kamu beli, tapi kamu tidak mahu makan.
    c)   coklat yang kamu  suka, kamu beli dan kamu makannya kerana kamu memang sukakan coklat itu.

Untuk (a)...aku terangkan seperti berikut...

    Kehidupan ini, kita tidak mampu mengelak daripada dilanda badai kesedihan, mahupun dirempuh ombak duka.. nescaya, setiap akibat ada alasanya..Nah, kamu akan didatangkanNya dengan ganjaran selaut madu..sebuah kebahagiaan...Secara mudahnya, walaupun Coklat Hitam itu pahit rasanya pada kali pertama kamu menelannya, tapi apabila ia menjadi bahan ruji kamu..nescaya rasa pahit itu telah lama menyusup pergi...kamu cuma dapat merasakan pahitnya saja...Lalu kamu mula menganggap rasanya memang 'coklat' seperti coklat lain..Begitu juga dengan kehidupan..selalunya sebelum beroleh kebahagiaan hidup, kita pasti diujiNya dahulu..Rasa pahit manis coklat hitam itu, samalah dengan resam sebuah kehidupan..Kalau kita mampu menelan rasa pahit coklat hitam itu, seharusnya kita juga mampu menelan rasa pahit sebuah kehidupan..Insyaallah...

(b)   coklat yang kamu suka dan kamu beli, tapi kamu tidak mahu makan.

    Kamu suka pada coklat perasa A, kamu beli, tapi kamu tidak makannya..Dalam kehidupan, pelbagai situasi boleh diaplikasikan..Antaranya, kamu menyukai seseorang dan dia berjaya menjadi milik kamu.. Tapi kamu tidak tidak mampu menerimanya..mungkin kerana kondisi keluarganya..atau mungkin juga kerana kamu merasakan dia tidak layak untuk kamu atau kamu tidak layak untuk dia.
   Lain pula kisahnya kalau begini...Kamu sukakan coklat B dan kamu membelinya..tapi kamu tidak sanggup untuk memakannya sama ada kerana ia terlalu cantik ataupun ianya terlalu sukar untuk diperolehi di tempat-tempat yang biasa kamu lawati...Maka, kamu lebih rela membiarkan ia di ceruk peti sejuk di dapur kamu..dan lebih rela melihatnya sahaja daripada menyentuhnya....Inilah dilema sebuah kehidupan..tersepit antara suka dan sayang...

    c)   coklat yang kamu  suka, kamu beli dan kamu makannya kerana kamu memang sukakan coklat itu.

      Coklat jenis ini.....kamu tafsirkanlah sendiri.....


~Terkadang menjadi penagih coklat adalah sangat menyeksakan~

Wednesday 19 May 2010

~PT Promoter~

Assalamualaikum.....

     Hari ini aku memulakan tugasku sebagai PT Promoter di The Store cawangan 'tanah ikan patin' ini. Kalau ikutkan, sepatutnya shift aku pukul satu petang. Walau bagaimanapun, disebabkan aku baru memulakan tugasku pada hari ini, maka tugas aku bermula seawal jam 10 pagi. Hurm....mula-mula rasa tak sabar dan kekok..tapi alhamdulillah, lambat-lambat sikit..aku mula dapat menyesuaikan diri...Semoga hari-hari yang seterusnya aku dapat menempuhinya dengan mudah tanpa sebarang halangan dan aral..InsyaAllah..Sesudah urusan pengenalan mengenai The Store, aku dibawa kebahagianku iaitu Department Softline bahagian Baby, Pureen. Mulanya aku terkejut, sebab berlonggok baju baby yang tak tersusun dengan elok..Maka bermulalah tugas aku mengemas dan melipat sehingga jam 12.00..Dan aku mula berkenalan dengan Wani, Kak Ma, Tilah, Faizal ( assist. supervisor ), dan lastly dengan Kak Mimi...huhu...sebenarnya ramai lagi yang telah diperkenalkan kepada aku...Tapi nak buat macam mana, sesungguhnya aku ini sangat sukar untuk mengingati nama2 orang yang aku baru kenali, dan adalah kenyataan apabila aku terpaksa bertanyakan nama2 mereka lebih daripada dua kali...huwa.....inilah kelemahan aku yang paling teruk...sob3...

     Pasal Kak Ma a.k.a Malina, aku ingat nama dia sebab dia sangat membantu aku dalam menjalinkan perhubungan...huwa3...waktu masuk lunch hour, aku ingat nk dok surau je..alih2 dia ajak aku balik rumah dia di Jalan Triang, kampung apa aku dah lupa, tapi kalau lalu jalan yang sama, insyaAllah aku ingat.. Siap makan  nasi lagi..huk3...mulanya memang tak ingat nama dia, walaupun dok borak2 dan bonceng moto..Alih2, jalan paling selamat, aku panggil dia 'akak 'je... Aku memang rasa terkilan sebab tak dapat ingat nama dia..Tapi syukur, Allah tunjukkan aku jalan, Aku terpandang lesen moto dia masa kami isi minyak...huhu... klo tak, sampai sekarangpun aku mungkin masih tak ingat nama dia...Punyalah aku berusaha untuk mengingati nama dia...berjaya juga akhirnya...Alhamdulillah...

    Banyak benda yang aku pelajari dan alami hari ini.Tapi kalau nak diceritakan rasanya tak tidurlah aku malam ni..Jadi untuk memulakan hari esok dengan cemerlang, aku harus tidur dulu...sudahnya kakiku masih tidak hilang rasa kebas dek berdiri terlalu lama dengan kasut yang memang tak sesuai untuk berdiri dengan lama..nama aja 'the best footwear' tapi kaki aku punyalah sakit....sob3....Sebelum aku lupa, terima kasih juga pada Kak Ma kerana telah memperkenalkan aku dengan Sungai Pahang...hahahaha....Sekian untuk kali ini...Wassalam...

   ~Jauh perjalanan, luas pemandangan~

Tuesday 18 May 2010

~PADA PERSINGGAHAN~

Assalamualaikum...

Aku menulis lagi di sini...bermakna aku masih hidup, bernafas, dan masih mampu menekan kekunci di laptop ini...Sudah hampir dua minggu aku di tanah Ikan Patin ini..dan seusia itu jugalah kitaran hidupku yang kukira mulai mengukir bait-bait piusi nan indah..walau terkadang ada ruang yang tercalar... Tanah ini sudah menjadi entah tempat persinggahan aku yang entah ke berapa..aku sendiri sudah tidak pasti.. dari 'tanah losong' aku ke 'Pulau Mutiara', kemudian ke sini, dan lantas ke 'Kota Keriangan'...Semuanya sekadar persinggahan..dan aku sendiri tidak pasti di mana akan berakhir segala perjalanan ini...Mungkinkah bagai sang camar terbang pulang? atau mungkin seperti beburung hijrah yang tidak bisa menemui habitat yang paling cocok untuk didiami selamanya?

     Sesampai aku di sini pada pagi ahad yang sudah, Jumaat petang aku terus ke Bentong mengunjungi temanku. Suasana di sana sungguh berbeza dengan tempat-tempat yang aku pernah kunjungi sebelum ini..walaupun ia merupakan kawasan bandar..tapi suasananya masih segar..persekitarannya masih peringkat dewasa..Barangkali, ia menjadi bandar pertama yang membuatkan aku bisa jatuh cinta....Sabtu pagi, kembaraku singgah di 'Kota Keriangan'...sekadar untuk mencuba nasib mencari rezeki...untuk kesekian kalinya aku ke sana lagi..kukira...aku sudah betah untuk mengingati setiap laluan di antara kelima-lima hotel tersebut..terima kasih buat Intan, Along dan keluarga..jasa kalian akan sentiasa kukenang..Ahad pagi aku pulang ke tanah 'Ikan Patin' ini dengan nekad mencari rezeki di sini..Alhamdulillah, aku dapat..dan esok aku akan memulakan rutin harianku sebagai ' Part Time Pureen'...Konklusinya..di sepanjang lokasi sekitar bumi Tahan ini, persinggahan aku menemui nasib emas di sini..perjalanan yang seterusnya aku belum pasti...ku harap onak dan duri tidak lagi bisa merobek isian tubuhku...kerana aku sudah susut aliran merah..

     ~Ku mengharapkan agar hari esok lebih baik dari hari ini dan hari semalam~

Friday 14 May 2010

~ MAUM~

Assalamualaikum...

Dah terlalu lama aku tak menulis blog...terlalu banyak perkara yg tak mampu aku luahkan..terlalu banyak noda hitam yang membelenggu aku lewat pusingan waktu ini...aku yang bernafas di muka bumi ini yg semalam hilang dibawa angin perubahan...melahirkan aku yang aku sendiri tak ingini...aku yang hari ini... terlalu ego..keras kepala..keras hati..terlalu degil..terlalu ikutkan hati..bertindak melulu...konklusinya..aku pada saat ini adalah HITAM...itu yang aku nampak pada diri sendiri..Maka itu, aku mohon sedikit ruang..untuk mencari diri 'aku' yang dulu..pada hemat aku, 'aku' yang lebih baik daripada 'aku' hari ini..bukan aku mohon pengertian..kerana manakan bisa manusia mengerti rasa yang ada pada seorang manusia lain..melainkan mereka adalah satu...dan kerana itu juga..entri aku untuk pertama kalinya pada kali ini ialah MAUM.
    Heart..Hati..Dill..dan banyak lagi perkataan digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia ini..yang pada hemat sesetengah individu merujuk kepada perkara yang sama... Tapi pada aku..aku lebih suka menggunakan  MAUM ( bahasa Han a.k.a Korea ). Bukan kerana aku ialah peminat setia unsur-unsur Korea, tapi kerana definisi dan penjelasan yang dinyatakan. MAUM bukanlah 'hati' yang berada di dalam badan kita..yang boleh dilihat,disentuh,berbentuk dan salh satu daripada anggota badan.. Sebaliknya MAUM ialah psikologi+biologi..menghasilkan sesuatu yang nilainya sangat tinggi sebagai nilai keINSANi..dan aku ingin mencari MAUM aku..adakah aku memilikinya? atau aku sekadar mempunyai hati? Kajian menyatakan bahawa kanak-kanak membuat keputusan menggunakan 'maum', tp orang dewasa menggunakan 'brain'.. Argh...begitu complete sekali untuk difahami..apatah lagi aku yg tidak terlalu mendalaminya...

    Tapi hari ini..aku ingin mencari 'che maum'..'maum aku'. Aku ingin buktikan bahawa aku ini insan yang kental..tak bisa diubah..tak butuh diragui..Aku sekadar menginginkan sedikit ruang dan waktu..buat aku mencari cahaya dan petunjuk-Nya.. InsyaAllah..aku akan tetap bersama dengan orang-orang yang benar dan mencari kebenaran-Nya... Usahlah memikirkan yang negatif-negatif tentang aku..kerana ia membuatkan aku lemas..bingung..dan yang nyatanya..bisa membuat aku diburu pelbagai igauan..Daripada terus memikirkan yang aneh-aneh tentang aku..alangkah bahagianya diri ini andai semua itu dikalihkan menjadi untaian doa ketenanganku..kebahagiaanku..dan kerahmatan hidupku...

    MAUM..aku hari ini hanya memiliki 'hati'..bukan 'maum'...

~Maum...che maum...andaiku tahu bagaimana ingin memiliki dan menggunakan maum...~