Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Wednesday 21 October 2009

~Semalam dan Hari Ini~

SEMALAM...se- merupakan alomorf kepada kata bilangan satu, manakala ‘malam’ merupakan penanda kala bagi waktu.. Apabila dua katogeri ini digabungkan maka terhasillah perkataan SEMALAM yang membawa maksud kepada hari yang telah berlalu ataupun detik-detik yang telah berlaku, iaitu dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada sejarah..itu menurut tafsiran aku sendiri..tapi kurasakan itulah yang nyata, kerana sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku. HARI INI.. merupakan keadaan yang sedang berlaku dan akan berlaku..kerana ketika matahari terbit..kita tahu kita masih hidup..tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku saat matahari tegak pada sudut 90 darjah. Adakah kita masih mampu untuk melihat alam ini dan merasai keindahan ciptaanNya? Kerana itu kukatakan ‘hari ini’ merupakan keadaan yang sedang dan akan berlaku.

SEMALAM.....

Begitu banyak pengajaran dan ilmu yang aku perolehi walaupun waktu yang ada hanyalah 23 jam 56 minit untuk sehari. Tetapi, jika aku hitungkan semalam yang ada sepanjang hidupku dalam menempuh kedewasaan ini, nescaya banyak waktu yang telah aku bazirkan, banyak detik yang telah aku nodai, dan banyak hela nafas yang telah aku cemari dengan pelbagai noda...

Semalam...aku bersuka ria..semalam aku makan-makan..dan semalam aku menginsafi diri..aku ada kisah tentang api..aku ada kisah tentang dosa.. dan kisahnya bermula dengan penceritaan seorang temanku. Saat melihat unggun api kecil yang dihasilkan oleh seorang teman yang lain, temanku yang satu ini bercerita kepadaku, kepada kami. Katanya, menerusi tazkirah yang telah diperdengarkan oleh seorang ustaz, kisah api di muka bumi ini bermula saat seorang insan ( tidak dijelaskan dengan lanjut siapa yang dimaksudkan) meminta api dari Allah s.w.t untuk membakar sesuatu. Maka Allah s.w.t memperkenankan permintaan hamba itu untuk menghasilkan api. Allah s.w.t telah mengambil bara api dari api Neraka dan menyejukkannya ke dalam 70 tasik di Syurga. Lalu, bara api yang telah disejukkan itu dilontarkan ke satu gunung di bumi ini, dek kerana panasnya bara itu ( walaupun telah disejukkan dengan 70 tasik di Syurga), impaknya hancur ranaplah gunung yang menjadi sasaran lontaran bara api dari Neraka itu. Api yang ada di muka bumi ini sekarang, hanyalah asap daripada bara api yang telah disejukkan dengan 70 tasik di Syurga. Bayangkan, kebakaran yang merentungkan manusia di bumi ini hanyalah ASAP daripada bara api itu dan bara api yang telah disejukkan itu bisa meranapkan sebuah gunung. Lalu, bagaimana pula dengan kepanasan azab api neraka?~ Waallahhuallam bissawab~

Sambil merenung unggun api yang dihidupkan oleh seorang temanku tadi, aku memikirkan segala kesilapan yang telah aku lakukan, atau dengan lebih tepat lagi noda yang telah aku ukirkan sepanjang hidupku ini..aku insaf...namun aku masih kecewa dengan diriku sendiri kerana aku sukar untuk meninggalkan segala bentuk yang menjuruskan kearah kemudaratan akidahku sendiri.. seperti kata teman-temanku, sukarnya untuk menjadi manusia yang sempurna dan terlalu sukar lagi untuk memiliki kesempurnaan walaupun dalam satu segi sahaja. Kerana itu, dalam meniti kehidupan ini sebagai seorang hambaNya, kita telah dibekalkan dengan buku panduan yang utama untuk melayari hidup ini ketepian yang sejahtera iaitu Al-Quran.

HARI INI.....

Hari ini.... saat ini aku menaip entri blogku ini,aku masih mampu bernafas dengan sempurna, dan aku telah melalui hari ini hampir ¾ dari tempohnya. Aku bersyukur dengan pemberian dan keizinan daripadaNya..Adanya aku pada hari ini kerana wujudnya sejarah hari semalam dan hari esokku belum pasti lagi agendanya..Semoga aku diberikan kesempatan lagi untuk menghirup udaraNya dan melihat kekuasaanNya. Hari ini aku menerima berita pemergian ayahanda seorang temanku..temanku yang semalamnya sentiasa tersenyum..temanku yang semalamnya sentiasa bergelak ketawa..temanku yang pernah aku benci untuk seketika..dan temanku yang aku percaya dia tabah menghadapi dugaan hidup ini..kerana dia seorang lelaki yang kuat mentalnya.. Hari ini yang aku membuatkan aku tahu tentang sesuatu..sesuatu yang yang tidak memeranjatkan aku kerana aku sedia maklum dengan keadaan sebenar.Tetapi fakta itu menginsafkan aku hakikat sebuah kehidupan pada zaman ini, zaman di mana noda menghujani setiap pelosok, zaman di mana manusia tidak lagi mengenal haram dan halal dan juga zaman yang sudah tidak mempunyai batasan iman. Hari ini masih lagi berlalu dengan pantas, menginjakkan aku terus kepada kedewasaan. Rasanya seperti syair yang seringkali diperdengarkan oleh Dr Ishak.. “Aku Ingin Hidup Seribu Tahun Lagi”. Tapi aku tidak inginkan begitu, kerana aku cuma ingin hidup bersama mereka yang menyayangiku dan aku sayangi..aku tidak meminta lebih..cukuplah sekadar duka ini diselimuti dengan kegembiraan. Hariku hari ini masih berlalu...syukur aku kepada nikmatNya.

~Semalam adalah sejarah, hari ini adalah pasti, namun esok tiada siapa yang tahu. Waallahhuallam~

Sunday 4 October 2009

~Nombor~

1,2,3,4 dan ... banyak sangat nombor2 yang boleh dan tak boleh dihitung..ada nombor perdana ( bukan kereta Proton Perdana tau) ...ingat lagi tak nombor perdana?? Ala...dalam maths zaman2 bien dulu selalu kita selalu belajar..Aku suka nombor ganjil..dari zaman2 old skol dulu..kalau nak tulis nama ke..masuk acara ke..or apa2 la lagi,aku mesti nak nombor ganjil...1,3,5,7,...tu lah antara nombor2 ganjil..dalam maths disebut nombor perdana..Sebab aku suka pulak, aku sendiri tak tahu..atau mungkin kerana ia adalah mengikut bilangan nama Allah... Lepas tu, buat futher study kat sini pun..kawan2 aku semua tau..kalau depa nak tulis nama aku,mesti tulis dalam bilangan nombor ganjil..takpun depa reservekan aku nombor ganjil..hehehe..thanks frenz...

So,kalian semua ada habit macam aku tak?? Kalau yang elok tu,terus2kan la ya...Kita sambung semula kepada topik kita tadi. Bercakap pasal nombor ni..malam ni aku diberi nombor PERDANA oleh seorang teman aku..thanks dear...i very2 appreciate it...give u some kisses..muah3..hehehe..nak dijadikan kisah malam ni..kita orang berdua dok la borak2...mula2 bertiga,tapi lepas tu member kita orang yang sorang tu balik..Sebelum member aku yang sorang ni balikpun,kami berdua dahpun tengah rancak dok berborak. Alkisahnya, aku dengan teman aku ni dok borak pasal blog la..lepas tu tersebut la pasal seorang temannya a.k.a senior..aku kenal senior nipun melalui alam maya jugak la..waktu kali pertama aku tengok i.d dia tu..memang lain la..antara sebab2 kelainannya ialah....(hehe..)

a) show pic dia
b) i.d dia
c) hurm...style typing dia...

Hehehe..itulah antara sebab2 aku view dia..kalau ada sebab lainpun aku tak berapa pasti sangat. Sebelum ini aku pernah jugakla tanya teman aku tu..dia tu coursemate awak ke? Nama dia yang betul apa? Kenapa dia guna i.d tu? Dia asal mana? Hehehe..bukan apa,cara dia tu lain sangat la...menarik perhatian yang tak tertarik.. Ada jugakla teman aku ni bagi tahu kepada aku yang dia tu bukan coursemate teman aku ni. Dan malam ni pulak,terbongkarla kisah yang sebenar...Kisah Antara Dua Daratan (buleh buat filem nih) bwahahaha... Kisah ni dah lama sebenarnya,tapi teman aku ni telah mempolishnya semula untuk halwa telinga aku..again..thanks dear.. So, teman aku ni berceritalah kepada aku seawal perkenalan mereka..waktu tu kami ni masih la boleh dikatogerikan junior lagi.. Lawakpun ada teman aku ni..yela..dalam alam maya buleh pulak dia orang dok berchit-chat, tapi bila kat luar jumpa pun tak pandang bayang masing2...hadow...rumit2...
Sekarang ni,senior tu da grad..tapi still ada kat tanah ni..ehehe...bukan kat tanah asalnya.. Rupa-rupanya melalui teman aku ni, aku dapat tahu style typing dia tu sebab tak mo jiwang2...ecece...aku tengok makin jiwang apa...berbelit lidah aku nak teruskan niat tu..hurmmm..Malam ni jugakla teman aku ni telah bercerita dari nombor satu sampai tak bernombor dah..hehe..Lama kami dok bercerita..sampai waktunya tibalah masanya aku mengundurkan diri...hehe...

Sebelum aku balik..teman aku bagi tahu aku.. “ d---- lah orang PERTAMA yang s--- cerita dari awal sampai akhir..i----pun tak tahu” hohoho... dah lama aku tak dapat nombor SATU...akhirnya aku dapat jugak...kalian semua suka nombor berapa? Ada kisah tak dengan nombor? Kalau sudi..kongsi2 la...

~Nombor itu adalah tertib sebuah kehidupan. Tanpa nombor dunia pasti tidak akan berjalan dengan lancar. Yang paling kecil kelihatan tetapi besar peranannya ialah tarikh..tanpa tarikh, apa akan jadi dengan kehidupan kita??~

Friday 2 October 2009

~Kuasa Allah~

Petang semalam selepas aku balik dari kelas Dr Hasmidar, aku terus onn lappy aku ni..saje je aku onn sebab ingat nak update blog ni..sambil2 tu aku teruskan juga pembacaan aku terhadap buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. Aku tengok dalam list ym aku,sahabat aku online..yela office hour mestila dia on..hurmmm..akupun saja2 buzz dia..lepas tu tetiba je dia tanya soklan yang mengerutkan dahi dan kening aku yang hitam ini..ehehe..berikut adalah antara typing dia..:-

Sahabatku : nk tnye psl ribut ke
Sahabatku : nk tnye psl kjdian plik mlm td
Sahabatku : awk tgk x bln mlm td
Sahabatku : plik sgt
Sahabatku : de bultn mglilingi bln
Sahabatku : lps hjn lbt n ribut
Sahabatku : lpstu
Sahabatku : dlm bultn bsr tu
Sahabatku : de kalimah Alllah
Sahabatku: mlm td rmai org trg tgk kjdian tu
Sahabatku : smpai kul 11.30mlm

Masyaallah..aku terkejut dan semakin teruja..lepas tu aku tanya dia dengan lebih lanjut kat mana dia tengok dan pukul berapa..lebih menakjubkan aku apabila dia bagi tahu aku dia tengok sendiri kat luar rumah dia dan dia cakap sepanjang jalan di KT tu, kebanyakan semua pemandu kenderaan berhentikan kenderaan di pinggir jalan untuk menyaksikan keajaiban alam ini a.k.a kuasa Allah yang Maha Besar itu..Aku makinlah teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi..lepastu aku mintak la dia sentkan aku gambar atau sebarang link yang membolehkan aku melihat fenomena tersebut walaupun secara tak langsung..maka dapat la aku melihatnya seperti di bawah....





Pertama sekali aku melihat gambar2 ini aku terpegun..Masyaallah...sungguh cantik dan aneh sekali...bukan gerhana matahari ataupun bulan..tapi empat benda yang dapat aku lihat dalam gambar tersebut...bulan,lingkaran berbentuk cincin,pelangi dan yang paling takjub ialah kalimah Alif Lam Lam Ha...Lailahaillalla...betapa besarnya kuasa Tuhan yang Satu ini...Aku mempersoalkan kepada sahabatku ini tentang kelewatan pemberitahuannya kepadaku..kukatakan bahawa aku terkilan kerana tidak dapat menyaksikan fenomena tersebut secara langsung..dia menyatakan bahawa dia langsung tidak teringatkan aku dek kerana terlalu takjub..hurm..aku faham kerana akupun barangkalai mungkin begitu..samalah kesnya semasa aku melihat gerhana Matahari pada beberapa bulan yang lepas di pusat pengajian PPIK sewaktu aku menghadiri kuliah minorku..Aku dapat melihat gerhana matahari dengan berbantukan cermin mata hitam pensyarahku (walaupun aku ni sudah bermata empat..hehe)..waktu tu jam menunjukkan dalam lingkungan 9.15 pagi...Subhanaallah...kuasa Allah yang maha Berkuasa..aku pertama kali berkesempatan melihat gerhana matahari secara langsung..Subhanaallah..Maha Suci Allah...betapa besarnya kuasa Allah...di sini aku tidak berkesempatan menunaikan solat sunat gerhana memandangkan itu adalah waktu kuliah minorku... Sewaktu aku belum menginjakkan kakiku di menara gading, aku juga telah berkesempatan menyaksikan gerhana bulan purnama...Subhanaallah...Maha Suci Allah...

Berbalik kepada bulan,lingkaran cincin,pelangi dan kalimah ALLAh tadi..sekiranya sahabatku menginformku tentang fenomena itu..aku barangkali tidak dapat melihat juga kerana di sini langitnya kelam dek hujan di malam hari...kuasa Allah..Dia tidak mengizinkan aku melihat secara langsung...

Tidak lama selepas itu..seorang temanku datang ke bilikku lewat petang khamis itu..sesampai saja di bilikku dia terus menerjahku denngan khabar yang kawasan kami dilanda ribut yang maha hebat dlam sejarah kawasan kami....Subhanaallah..aku terkejut dan terus teringatkan keluargaku di kampung..tetapi aku sedikit pelik memandangkan sewaktu kakakku menghubungi aku pada sebelah pagi, dia langsung tidak menyentuh topik itu..lalu aku fikir pastinya tidak ada apa2 yang melanda keluargaku..(rumah kami terletak kira2 1 km dari pantai). Kata temanku itu lagi..bangsal2 nelayan di kawasannya banyak rosak dimusnah sang ribut..ayahnya juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berwajib..aku bimbang juga memandangkan tempat kerja mak terdedah dengan kawasan laut..namun emak tidak ada menghubungiku..Perbualan kami semakin hangat apabila temanku itu memberitahu bahawa tsunami telah berlaku buat kali kedua...aku terkejut..waduh...sungguh bukan katak di bawah tempurung aku ini..sebaliknya katak dalam bilik...huhuhu...internet hujung jari..tapi tk mampu tahu..adow.....Almaklumla...sari dua ni aku sibuk dok baca buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnainku...hehehe...

Abis cerita tu..malam plak dalam kurang lebih jam 8.45 akhirnya mak talipon aku..hohoho...tk sempat nak bagi salam aku terus tanya mak pasal ribut tu..hehehe...1st time tk bg salam kat mak...Astaghfirullah....cerita punya cerita..betulla..memang ribut tu melanda kawasan aku..kata mak..ayah aku cakap ribut tu mai dari kawasan utara kelantan..mengunjur dan mati di kawasan aku (ayah aku keje kat kelantan)..hurm....Subhanaallah..kata mak lagi..dia tk penah tengok dan alami ribut yg sebegitu kuat sepanjang hanyatnya..kata mak...dia sunggunh takut apabila melihat angin hitam datang menerjah2 ke setiap kawasan...hingga rumah jiranku musnah dikopak angin yang tk bermata...Alhamdullillah..rumahku tiada jejas kerana sekeliling rumah ada banyak pokok2 besar..penghadang keganasan angin...dan kebetulannya pula rumah jiranku itu...di tengah2 padang....tk berpokok....Subhanaallah....

~ Sama2lah kita renungkan maksud yang tersirat dibalik fenomena2 tersebut...pasti ada alasannya...samalah dengan kisah mengapa kaum Sodom yang diutuskanNya Nabi Lut a.s sebagai pembimbing untuk mentauhidkan Tuhan yang satu dan mengikut perintahNya, tetapi diutuskanNya pula dua malaikat untuk membinasakan kaum tersebut yang ingkar dengan perintahNya...Wallahuallam~