Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Friday, 2 October 2009

~Kuasa Allah~

Petang semalam selepas aku balik dari kelas Dr Hasmidar, aku terus onn lappy aku ni..saje je aku onn sebab ingat nak update blog ni..sambil2 tu aku teruskan juga pembacaan aku terhadap buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. Aku tengok dalam list ym aku,sahabat aku online..yela office hour mestila dia on..hurmmm..akupun saja2 buzz dia..lepas tu tetiba je dia tanya soklan yang mengerutkan dahi dan kening aku yang hitam ini..ehehe..berikut adalah antara typing dia..:-

Sahabatku : nk tnye psl ribut ke
Sahabatku : nk tnye psl kjdian plik mlm td
Sahabatku : awk tgk x bln mlm td
Sahabatku : plik sgt
Sahabatku : de bultn mglilingi bln
Sahabatku : lps hjn lbt n ribut
Sahabatku : lpstu
Sahabatku : dlm bultn bsr tu
Sahabatku : de kalimah Alllah
Sahabatku: mlm td rmai org trg tgk kjdian tu
Sahabatku : smpai kul 11.30mlm

Masyaallah..aku terkejut dan semakin teruja..lepas tu aku tanya dia dengan lebih lanjut kat mana dia tengok dan pukul berapa..lebih menakjubkan aku apabila dia bagi tahu aku dia tengok sendiri kat luar rumah dia dan dia cakap sepanjang jalan di KT tu, kebanyakan semua pemandu kenderaan berhentikan kenderaan di pinggir jalan untuk menyaksikan keajaiban alam ini a.k.a kuasa Allah yang Maha Besar itu..Aku makinlah teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi..lepastu aku mintak la dia sentkan aku gambar atau sebarang link yang membolehkan aku melihat fenomena tersebut walaupun secara tak langsung..maka dapat la aku melihatnya seperti di bawah....





Pertama sekali aku melihat gambar2 ini aku terpegun..Masyaallah...sungguh cantik dan aneh sekali...bukan gerhana matahari ataupun bulan..tapi empat benda yang dapat aku lihat dalam gambar tersebut...bulan,lingkaran berbentuk cincin,pelangi dan yang paling takjub ialah kalimah Alif Lam Lam Ha...Lailahaillalla...betapa besarnya kuasa Tuhan yang Satu ini...Aku mempersoalkan kepada sahabatku ini tentang kelewatan pemberitahuannya kepadaku..kukatakan bahawa aku terkilan kerana tidak dapat menyaksikan fenomena tersebut secara langsung..dia menyatakan bahawa dia langsung tidak teringatkan aku dek kerana terlalu takjub..hurm..aku faham kerana akupun barangkalai mungkin begitu..samalah kesnya semasa aku melihat gerhana Matahari pada beberapa bulan yang lepas di pusat pengajian PPIK sewaktu aku menghadiri kuliah minorku..Aku dapat melihat gerhana matahari dengan berbantukan cermin mata hitam pensyarahku (walaupun aku ni sudah bermata empat..hehe)..waktu tu jam menunjukkan dalam lingkungan 9.15 pagi...Subhanaallah...kuasa Allah yang maha Berkuasa..aku pertama kali berkesempatan melihat gerhana matahari secara langsung..Subhanaallah..Maha Suci Allah...betapa besarnya kuasa Allah...di sini aku tidak berkesempatan menunaikan solat sunat gerhana memandangkan itu adalah waktu kuliah minorku... Sewaktu aku belum menginjakkan kakiku di menara gading, aku juga telah berkesempatan menyaksikan gerhana bulan purnama...Subhanaallah...Maha Suci Allah...

Berbalik kepada bulan,lingkaran cincin,pelangi dan kalimah ALLAh tadi..sekiranya sahabatku menginformku tentang fenomena itu..aku barangkali tidak dapat melihat juga kerana di sini langitnya kelam dek hujan di malam hari...kuasa Allah..Dia tidak mengizinkan aku melihat secara langsung...

Tidak lama selepas itu..seorang temanku datang ke bilikku lewat petang khamis itu..sesampai saja di bilikku dia terus menerjahku denngan khabar yang kawasan kami dilanda ribut yang maha hebat dlam sejarah kawasan kami....Subhanaallah..aku terkejut dan terus teringatkan keluargaku di kampung..tetapi aku sedikit pelik memandangkan sewaktu kakakku menghubungi aku pada sebelah pagi, dia langsung tidak menyentuh topik itu..lalu aku fikir pastinya tidak ada apa2 yang melanda keluargaku..(rumah kami terletak kira2 1 km dari pantai). Kata temanku itu lagi..bangsal2 nelayan di kawasannya banyak rosak dimusnah sang ribut..ayahnya juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berwajib..aku bimbang juga memandangkan tempat kerja mak terdedah dengan kawasan laut..namun emak tidak ada menghubungiku..Perbualan kami semakin hangat apabila temanku itu memberitahu bahawa tsunami telah berlaku buat kali kedua...aku terkejut..waduh...sungguh bukan katak di bawah tempurung aku ini..sebaliknya katak dalam bilik...huhuhu...internet hujung jari..tapi tk mampu tahu..adow.....Almaklumla...sari dua ni aku sibuk dok baca buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnainku...hehehe...

Abis cerita tu..malam plak dalam kurang lebih jam 8.45 akhirnya mak talipon aku..hohoho...tk sempat nak bagi salam aku terus tanya mak pasal ribut tu..hehehe...1st time tk bg salam kat mak...Astaghfirullah....cerita punya cerita..betulla..memang ribut tu melanda kawasan aku..kata mak..ayah aku cakap ribut tu mai dari kawasan utara kelantan..mengunjur dan mati di kawasan aku (ayah aku keje kat kelantan)..hurm....Subhanaallah..kata mak lagi..dia tk penah tengok dan alami ribut yg sebegitu kuat sepanjang hanyatnya..kata mak...dia sunggunh takut apabila melihat angin hitam datang menerjah2 ke setiap kawasan...hingga rumah jiranku musnah dikopak angin yang tk bermata...Alhamdullillah..rumahku tiada jejas kerana sekeliling rumah ada banyak pokok2 besar..penghadang keganasan angin...dan kebetulannya pula rumah jiranku itu...di tengah2 padang....tk berpokok....Subhanaallah....

~ Sama2lah kita renungkan maksud yang tersirat dibalik fenomena2 tersebut...pasti ada alasannya...samalah dengan kisah mengapa kaum Sodom yang diutuskanNya Nabi Lut a.s sebagai pembimbing untuk mentauhidkan Tuhan yang satu dan mengikut perintahNya, tetapi diutuskanNya pula dua malaikat untuk membinasakan kaum tersebut yang ingkar dengan perintahNya...Wallahuallam~

Saturday, 12 September 2009

~Melakar Cinta Firdausi~


Al-Mubaraq mulai meniggalkan jejak-jejak kerinduan buat para muslimin dan muslimah yang mencintainya..Sesungguhnya Al-Mubaraq ini bulan ummah...Sempena bulan yang mulai yang kian menghilang ini,bulan kerendahan hati ini..aku ingin berkongsi sedikit cerita tentang Melakar Cinta Firdausi..

Kalau kamu semua mengikuti blog aku dri post pertama..pasti kamu tahu ttg aku.. Novel..ya..H------ dan novel tk dapat dipisahkan.. Petang td,lepas aku hantar assignment Discourse Analysis kt bilik Dr Hasmidar..aku langsung ke Kedai Mahasiswa.. niat hati nk bli bku Pragmatic..tp bajet terlebih lari sgt..hurmm...jadi aku habiskn duit aku yg mmg dah nak habis ni dgn membeli 2 buah buku...Mind set aku kalau aku masuk kedai buku..walaupun tkde buku yg aku cari..kalau nk keluar dr kedai buku tu..mst beli buku sekurang2nya sebuah..hohoho..so, jgn bg aku nampak kedai buku la.. Kak n dlu, kalu kami pg jalan2, dia mst tarik aku klau aku nk lalu kot kedai bku..adeh..ni lg satu masalah aku..selain terlalu obses dgn anime jepun,aku obses dgn buku dan lg obses dgn nature..klau aku tk dpt 3 bnd ni time aku nak..rsa mcm hari aku tk lengkap..

Berbalik kpd Melakar Cinta Firdausi ni..td masa dalam Kedai Mahasiswa tu..dr pkul 2 sampai kat pkul 4 aku dok bertapa kt situ..hurm..klau ikut hati nk je aku borong buku2 kt situ..tp tkde ting2 la plak..plan B aku td igt nk bli buku Bahasa Melayu Karangan Universiti..tp, sb lma sgt dok dalam KM tu..terjumpa bku ln..Plan C aku plak nk bli bku motivasi..ehehe..lgpun aku dh nk abis study..so aku igt nk persiapkn diri dgn kematangan la..hurm..tp tkde plak bku yg aku nk tu..maka,lahirlh plan D..hehe..aku dok bertapa plak kt rak2 novel..Tp dalam KM ni sebenarny tk byk novel2 yg aku minat..Utk pengetahuan kamu semua..jgn igt mentang2 la aku mnt baca novel, semua novel yg menenggelamkan realiti.. HUrm..novel2 aku semuany..majoriti kwn2 aku tk nk baca sb..bukan pasal percintaan berlainan jantina..tkde romantikus.. novel aku byk berunsurkan ketuhanan, mistik dan thriller..gerne yg hyper berat2 la katakan...Jadi menampung keberatan gerne2 novel pilihan aku ni, maka terselitla hobi plan B aku..ehehe..baca manga dan tgk anime movies.. Tahun ni saja..dah beratus duit aku abis semata2 bli novel..semester lepas saja..dh berapa buah novel aku kumpul..

Kembali semula kpd Melakar Cinta Firdausi..sebenarnya aku bru mula nk baca..tk sempat nk bca lg td..letih..novel ni sgt bagus setakat yg aku dh baca ni..jiwa kental,unsur2 ketuhanan yang tinggi dan yg penting JIHAD..Insyaallah aku akan cuba hbiskan malam ni jgk..hurm..satu lg lupa nk bg tahu..novel aku betimbun sebab aku beli novel pagi..malam tu mst dh habis baca..so esok2 aku beli lg..Aku tak suka la pulak baca novel bertangguh2..tk best..Insyaallah, selepas aku hbis baca nanti, aku akn postkan kisahnya..tp nasihat aku,kamu semua belilah..bagus kandungannya..

...Melakar Cinta Firdausi...
Cinta ketuhanan itu mesti melebihi cinta kamu pada pasangan kamu..
Serangai doa dari aku dalam mencari CINTA yang suci dan kudus..
"Ya Allah, kurniakanlah aku cintamu (cinta Allah sebagai cinta yang hebat, paling tinggi). Kemudian kurniakan kepadaku cinta orang yang cinta kepada-Mu. Hadirkanlah aku cinta yang menghadirkan kepada cinta_mua ya Allah dan ya Allah,semoga cinta-Mu itu lebihku dambakan daripada seteguk air yang dingin"
Amin...