Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Wednesday 21 October 2009

~Semalam dan Hari Ini~

SEMALAM...se- merupakan alomorf kepada kata bilangan satu, manakala ‘malam’ merupakan penanda kala bagi waktu.. Apabila dua katogeri ini digabungkan maka terhasillah perkataan SEMALAM yang membawa maksud kepada hari yang telah berlalu ataupun detik-detik yang telah berlaku, iaitu dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada sejarah..itu menurut tafsiran aku sendiri..tapi kurasakan itulah yang nyata, kerana sejarah adalah sesuatu yang telah berlaku. HARI INI.. merupakan keadaan yang sedang berlaku dan akan berlaku..kerana ketika matahari terbit..kita tahu kita masih hidup..tetapi kita tidak tahu apa akan berlaku saat matahari tegak pada sudut 90 darjah. Adakah kita masih mampu untuk melihat alam ini dan merasai keindahan ciptaanNya? Kerana itu kukatakan ‘hari ini’ merupakan keadaan yang sedang dan akan berlaku.

SEMALAM.....

Begitu banyak pengajaran dan ilmu yang aku perolehi walaupun waktu yang ada hanyalah 23 jam 56 minit untuk sehari. Tetapi, jika aku hitungkan semalam yang ada sepanjang hidupku dalam menempuh kedewasaan ini, nescaya banyak waktu yang telah aku bazirkan, banyak detik yang telah aku nodai, dan banyak hela nafas yang telah aku cemari dengan pelbagai noda...

Semalam...aku bersuka ria..semalam aku makan-makan..dan semalam aku menginsafi diri..aku ada kisah tentang api..aku ada kisah tentang dosa.. dan kisahnya bermula dengan penceritaan seorang temanku. Saat melihat unggun api kecil yang dihasilkan oleh seorang teman yang lain, temanku yang satu ini bercerita kepadaku, kepada kami. Katanya, menerusi tazkirah yang telah diperdengarkan oleh seorang ustaz, kisah api di muka bumi ini bermula saat seorang insan ( tidak dijelaskan dengan lanjut siapa yang dimaksudkan) meminta api dari Allah s.w.t untuk membakar sesuatu. Maka Allah s.w.t memperkenankan permintaan hamba itu untuk menghasilkan api. Allah s.w.t telah mengambil bara api dari api Neraka dan menyejukkannya ke dalam 70 tasik di Syurga. Lalu, bara api yang telah disejukkan itu dilontarkan ke satu gunung di bumi ini, dek kerana panasnya bara itu ( walaupun telah disejukkan dengan 70 tasik di Syurga), impaknya hancur ranaplah gunung yang menjadi sasaran lontaran bara api dari Neraka itu. Api yang ada di muka bumi ini sekarang, hanyalah asap daripada bara api yang telah disejukkan dengan 70 tasik di Syurga. Bayangkan, kebakaran yang merentungkan manusia di bumi ini hanyalah ASAP daripada bara api itu dan bara api yang telah disejukkan itu bisa meranapkan sebuah gunung. Lalu, bagaimana pula dengan kepanasan azab api neraka?~ Waallahhuallam bissawab~

Sambil merenung unggun api yang dihidupkan oleh seorang temanku tadi, aku memikirkan segala kesilapan yang telah aku lakukan, atau dengan lebih tepat lagi noda yang telah aku ukirkan sepanjang hidupku ini..aku insaf...namun aku masih kecewa dengan diriku sendiri kerana aku sukar untuk meninggalkan segala bentuk yang menjuruskan kearah kemudaratan akidahku sendiri.. seperti kata teman-temanku, sukarnya untuk menjadi manusia yang sempurna dan terlalu sukar lagi untuk memiliki kesempurnaan walaupun dalam satu segi sahaja. Kerana itu, dalam meniti kehidupan ini sebagai seorang hambaNya, kita telah dibekalkan dengan buku panduan yang utama untuk melayari hidup ini ketepian yang sejahtera iaitu Al-Quran.

HARI INI.....

Hari ini.... saat ini aku menaip entri blogku ini,aku masih mampu bernafas dengan sempurna, dan aku telah melalui hari ini hampir ¾ dari tempohnya. Aku bersyukur dengan pemberian dan keizinan daripadaNya..Adanya aku pada hari ini kerana wujudnya sejarah hari semalam dan hari esokku belum pasti lagi agendanya..Semoga aku diberikan kesempatan lagi untuk menghirup udaraNya dan melihat kekuasaanNya. Hari ini aku menerima berita pemergian ayahanda seorang temanku..temanku yang semalamnya sentiasa tersenyum..temanku yang semalamnya sentiasa bergelak ketawa..temanku yang pernah aku benci untuk seketika..dan temanku yang aku percaya dia tabah menghadapi dugaan hidup ini..kerana dia seorang lelaki yang kuat mentalnya.. Hari ini yang aku membuatkan aku tahu tentang sesuatu..sesuatu yang yang tidak memeranjatkan aku kerana aku sedia maklum dengan keadaan sebenar.Tetapi fakta itu menginsafkan aku hakikat sebuah kehidupan pada zaman ini, zaman di mana noda menghujani setiap pelosok, zaman di mana manusia tidak lagi mengenal haram dan halal dan juga zaman yang sudah tidak mempunyai batasan iman. Hari ini masih lagi berlalu dengan pantas, menginjakkan aku terus kepada kedewasaan. Rasanya seperti syair yang seringkali diperdengarkan oleh Dr Ishak.. “Aku Ingin Hidup Seribu Tahun Lagi”. Tapi aku tidak inginkan begitu, kerana aku cuma ingin hidup bersama mereka yang menyayangiku dan aku sayangi..aku tidak meminta lebih..cukuplah sekadar duka ini diselimuti dengan kegembiraan. Hariku hari ini masih berlalu...syukur aku kepada nikmatNya.

~Semalam adalah sejarah, hari ini adalah pasti, namun esok tiada siapa yang tahu. Waallahhuallam~

No comments: