Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Friday 14 May 2010

~ MAUM~

Assalamualaikum...

Dah terlalu lama aku tak menulis blog...terlalu banyak perkara yg tak mampu aku luahkan..terlalu banyak noda hitam yang membelenggu aku lewat pusingan waktu ini...aku yang bernafas di muka bumi ini yg semalam hilang dibawa angin perubahan...melahirkan aku yang aku sendiri tak ingini...aku yang hari ini... terlalu ego..keras kepala..keras hati..terlalu degil..terlalu ikutkan hati..bertindak melulu...konklusinya..aku pada saat ini adalah HITAM...itu yang aku nampak pada diri sendiri..Maka itu, aku mohon sedikit ruang..untuk mencari diri 'aku' yang dulu..pada hemat aku, 'aku' yang lebih baik daripada 'aku' hari ini..bukan aku mohon pengertian..kerana manakan bisa manusia mengerti rasa yang ada pada seorang manusia lain..melainkan mereka adalah satu...dan kerana itu juga..entri aku untuk pertama kalinya pada kali ini ialah MAUM.
    Heart..Hati..Dill..dan banyak lagi perkataan digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia ini..yang pada hemat sesetengah individu merujuk kepada perkara yang sama... Tapi pada aku..aku lebih suka menggunakan  MAUM ( bahasa Han a.k.a Korea ). Bukan kerana aku ialah peminat setia unsur-unsur Korea, tapi kerana definisi dan penjelasan yang dinyatakan. MAUM bukanlah 'hati' yang berada di dalam badan kita..yang boleh dilihat,disentuh,berbentuk dan salh satu daripada anggota badan.. Sebaliknya MAUM ialah psikologi+biologi..menghasilkan sesuatu yang nilainya sangat tinggi sebagai nilai keINSANi..dan aku ingin mencari MAUM aku..adakah aku memilikinya? atau aku sekadar mempunyai hati? Kajian menyatakan bahawa kanak-kanak membuat keputusan menggunakan 'maum', tp orang dewasa menggunakan 'brain'.. Argh...begitu complete sekali untuk difahami..apatah lagi aku yg tidak terlalu mendalaminya...

    Tapi hari ini..aku ingin mencari 'che maum'..'maum aku'. Aku ingin buktikan bahawa aku ini insan yang kental..tak bisa diubah..tak butuh diragui..Aku sekadar menginginkan sedikit ruang dan waktu..buat aku mencari cahaya dan petunjuk-Nya.. InsyaAllah..aku akan tetap bersama dengan orang-orang yang benar dan mencari kebenaran-Nya... Usahlah memikirkan yang negatif-negatif tentang aku..kerana ia membuatkan aku lemas..bingung..dan yang nyatanya..bisa membuat aku diburu pelbagai igauan..Daripada terus memikirkan yang aneh-aneh tentang aku..alangkah bahagianya diri ini andai semua itu dikalihkan menjadi untaian doa ketenanganku..kebahagiaanku..dan kerahmatan hidupku...

    MAUM..aku hari ini hanya memiliki 'hati'..bukan 'maum'...

~Maum...che maum...andaiku tahu bagaimana ingin memiliki dan menggunakan maum...~



No comments: