Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Thursday 27 May 2010

~Falsafah Coklat~

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ini, aku ingin berbicara lagi..bicara tentang coklat..bicara tentang makanan yang pernah membuat aku ketagih..makanan yang masih aku tidak boleh tinggalkan....

   Pelbagai coklat yang telah aku rasa..tiramisu,crispy,ferrero rochel ( tak tau eja)....senang cerita, dari RM1 sampailah RM00...yang 3k aku tak jumpa lagi...Maka, oleh kerana coklat telah menjadi sebahagian daripada darah daging aku, izinkan aku menghasilkan sebuah Falsafah Coklat...

Aku suka Dark Chocolate...

   *** Smooth and Creamy Dark Chocolate For The Purest Bittersweet Chocolate Taste***
                 ...Coklat Hitam yang Berkrim Untuk Rasa Coklat Pahit Manis yang Sebenar...

   Hidup umpama...
   Suatu hari, aku merasa sangat sunyi kerana aku ini sedang sendirian,
   Maka aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di bandar A,
   Bayu mengelus tubuhku membuatkan aku inginkan sesuatu yang bisa menghilangkan kesejukan ini,
   Ku temui Choc' Shop yang menawarkan pelbagai isi coklat hitam,
   Lalu, berdondon kotak coklat hitam aku borong...(kerana aku gila coklat)..
   Aku makan....
   Rasanya pahit,kurang manis...aku tidak terlalu memerlukan air minuman...
   Aku makan lagi..sehingga habis sekotak...
   Kerana aku Gila Coklat...


....Nah, aku yakin kalian kurang mengerti...Konklusinya hidup ini umpama:

    a)   rasa coklat hitam ( dark chocolate ) yang rasanya PAHIT dan MANIS.
    b)   coklat yang kamu suka dan kamu beli, tapi kamu tidak mahu makan.
    c)   coklat yang kamu  suka, kamu beli dan kamu makannya kerana kamu memang sukakan coklat itu.

Untuk (a)...aku terangkan seperti berikut...

    Kehidupan ini, kita tidak mampu mengelak daripada dilanda badai kesedihan, mahupun dirempuh ombak duka.. nescaya, setiap akibat ada alasanya..Nah, kamu akan didatangkanNya dengan ganjaran selaut madu..sebuah kebahagiaan...Secara mudahnya, walaupun Coklat Hitam itu pahit rasanya pada kali pertama kamu menelannya, tapi apabila ia menjadi bahan ruji kamu..nescaya rasa pahit itu telah lama menyusup pergi...kamu cuma dapat merasakan pahitnya saja...Lalu kamu mula menganggap rasanya memang 'coklat' seperti coklat lain..Begitu juga dengan kehidupan..selalunya sebelum beroleh kebahagiaan hidup, kita pasti diujiNya dahulu..Rasa pahit manis coklat hitam itu, samalah dengan resam sebuah kehidupan..Kalau kita mampu menelan rasa pahit coklat hitam itu, seharusnya kita juga mampu menelan rasa pahit sebuah kehidupan..Insyaallah...

(b)   coklat yang kamu suka dan kamu beli, tapi kamu tidak mahu makan.

    Kamu suka pada coklat perasa A, kamu beli, tapi kamu tidak makannya..Dalam kehidupan, pelbagai situasi boleh diaplikasikan..Antaranya, kamu menyukai seseorang dan dia berjaya menjadi milik kamu.. Tapi kamu tidak tidak mampu menerimanya..mungkin kerana kondisi keluarganya..atau mungkin juga kerana kamu merasakan dia tidak layak untuk kamu atau kamu tidak layak untuk dia.
   Lain pula kisahnya kalau begini...Kamu sukakan coklat B dan kamu membelinya..tapi kamu tidak sanggup untuk memakannya sama ada kerana ia terlalu cantik ataupun ianya terlalu sukar untuk diperolehi di tempat-tempat yang biasa kamu lawati...Maka, kamu lebih rela membiarkan ia di ceruk peti sejuk di dapur kamu..dan lebih rela melihatnya sahaja daripada menyentuhnya....Inilah dilema sebuah kehidupan..tersepit antara suka dan sayang...

    c)   coklat yang kamu  suka, kamu beli dan kamu makannya kerana kamu memang sukakan coklat itu.

      Coklat jenis ini.....kamu tafsirkanlah sendiri.....


~Terkadang menjadi penagih coklat adalah sangat menyeksakan~

No comments: