Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Tuesday 18 May 2010

~PADA PERSINGGAHAN~

Assalamualaikum...

Aku menulis lagi di sini...bermakna aku masih hidup, bernafas, dan masih mampu menekan kekunci di laptop ini...Sudah hampir dua minggu aku di tanah Ikan Patin ini..dan seusia itu jugalah kitaran hidupku yang kukira mulai mengukir bait-bait piusi nan indah..walau terkadang ada ruang yang tercalar... Tanah ini sudah menjadi entah tempat persinggahan aku yang entah ke berapa..aku sendiri sudah tidak pasti.. dari 'tanah losong' aku ke 'Pulau Mutiara', kemudian ke sini, dan lantas ke 'Kota Keriangan'...Semuanya sekadar persinggahan..dan aku sendiri tidak pasti di mana akan berakhir segala perjalanan ini...Mungkinkah bagai sang camar terbang pulang? atau mungkin seperti beburung hijrah yang tidak bisa menemui habitat yang paling cocok untuk didiami selamanya?

     Sesampai aku di sini pada pagi ahad yang sudah, Jumaat petang aku terus ke Bentong mengunjungi temanku. Suasana di sana sungguh berbeza dengan tempat-tempat yang aku pernah kunjungi sebelum ini..walaupun ia merupakan kawasan bandar..tapi suasananya masih segar..persekitarannya masih peringkat dewasa..Barangkali, ia menjadi bandar pertama yang membuatkan aku bisa jatuh cinta....Sabtu pagi, kembaraku singgah di 'Kota Keriangan'...sekadar untuk mencuba nasib mencari rezeki...untuk kesekian kalinya aku ke sana lagi..kukira...aku sudah betah untuk mengingati setiap laluan di antara kelima-lima hotel tersebut..terima kasih buat Intan, Along dan keluarga..jasa kalian akan sentiasa kukenang..Ahad pagi aku pulang ke tanah 'Ikan Patin' ini dengan nekad mencari rezeki di sini..Alhamdulillah, aku dapat..dan esok aku akan memulakan rutin harianku sebagai ' Part Time Pureen'...Konklusinya..di sepanjang lokasi sekitar bumi Tahan ini, persinggahan aku menemui nasib emas di sini..perjalanan yang seterusnya aku belum pasti...ku harap onak dan duri tidak lagi bisa merobek isian tubuhku...kerana aku sudah susut aliran merah..

     ~Ku mengharapkan agar hari esok lebih baik dari hari ini dan hari semalam~

No comments: