Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Friday 18 September 2009

~Sepi itu Indah~

...Mengalirkan kedamaian..mewujudkan keinsafan..menciptakan
pemikiran..sesungguhnya sepi itu lambang ketenangan...~


1/3 Sepi,
Sepi seorang insan yang ditinggalkan..sepi itu membawa kesedihan..kesayuan
apabila yang ada di dalam ruang yg sempit itu hanya kamu dan bayang2..saat itu..
rasanya seperti mahu berlari..mengejar..insan yang kamu sayangi..yang kamu
kasihi..yang kamu cintai..dan pastinya insan yang kamu dambakan...ada di sisi
kamu sepanjang hayatmu..tidak mengizinkan dia pergi dulu..sebelummu..dan ..dia
adalah bagimu hidup kamu..nyawanya adalah nyawamu..hilang dia..hilanglah kamu..
lebih bahagia..menukarkan nyawanya dengan nyawamu..kerana hidup kamu umpama
mati..saat dia tidak mampu kamu capai...

2/3 Sepi,
Sepi kerana kamu mengasingkan diri..sepi kerana kamu ciptakannya..sepi ini
pelbagai rasa..kamu mau tapi kamu malu..kamu mau tapi kamu ego..dan kamu mahu..
tapi kamu tidak yakin..sepi ini menyiksakan..sepi ini memberikan sesal..dan sepi
ini membunuh kewarasanmu..sepi yang kamu tidak mahu hilangkan..walau kamu mampu
menghilangkannya..

3/3 Sepi,
Sepi yang terindah..sepi yang diberikanNya..sepi untuk kamu tawadduq dalam
segala hal..segala lapangan..sepi untuk kebahagiaanmu..sepi yang aku dambakan..
sepi ini untuk kamu mengenangkan lingkaran hitam dalam hidupmu..sepi ini untuk
kamu menginsafi taufan yang membadai dalam hidupmu..sepi untuk kamu mencari
kekilafan sepanjang hayatmu..dan yang pasti..sepi ini untuk melahirkan kamu yang
baru secara analoginya..untuk kamu menyimbahan cahaya keimanan dalam seketul
daging yg menghuni jasadmu..sesungguhnya sepi ini didambakan oleh segala ummat..


~Semoga kalian menemui sepi yang terindah untuk kalian..dan sesungguhnya sepi itu tidak pernah mengecewakan kamu..melainkan kamu yang mengecewakan erti dan nikmat sebuah kesepian..~

1 comment:

Anonymous said...

komik+imaginasi+coklat=dayah...=)