Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Monday 2 November 2009

~Permulaan~

Bismllahhirahmannirahim...

Alhamdullillah di atas nikmatNya kerana memberikan aku peluang untuk bernafas di muka bumiNya yang penuh rahmat ini. Hari ini Menara Gadingku mulai berarak ke 'medan perang' untuk berjihad setelah empat bulan lebih kami bergelumang dengan kuliah dan tutorial. Kepada yang memulakan perjuangannya pada pagi ini, kuucapkan selamat maju jaya di' medan tempur'. Giliranku belum menghentak pundakku lagi kiranya,kerana detikku bermula pada 21 Zulkaedah nanti..Kata teman sekelilingku, aku punyai banyak waktu lagi untuk konsentrasi yang penuh dalam proses-proses mentelaah ilmu. Namun, serasanya aku sudah berada di colloseum sambil memegang kain merah menantikan si lembu hitam masuk ke gelanggang. Tragis bukan? Itulah yang aku rasakan semenjak berada di tahun2 penghabisanku ini...kerana untuk aku betul-betul fokus menawan puncak gunung kini tinggal dua semester sahaja. Kiranya awan Gunung Jerai mampu kugapai,seharusnya puncak 'Gunung Harapan' perluku tawan pula. Usai detik perjuanganku ini, begitu banyak dugaan yang melanda, harapan dari insan-insan sekelilingku sedikit menghentak kewarasan diri, agar aku sedar bahawa aku tidak butuh masa yang panjang lagi untuk mengukir secalit garis kemenangan. Insyaallah, dengan izin-Nya dan limpahan rahmat daripada-Nya, insyaallah secalit kemenangan itu bisa kugapai. Pagi ini adalah permulaan sesuatu yang indah, kerana kuyakin Dia telah mendengar harapanku di sepertiga malam-Nya. Alhamdullillah..

Tiada apa yang ingin kuperkatakan sangat, cuma sekadar bersyukur kerana aku masih mampu bernafas dengan sempurna pada hari ini. Sesuatu yang membahagiakan aku saat melewati perjalanan di perhentian ini adalah dengan adanya teman-teman di sisi perjuangan ini, saling melengkapi satu sama lain.. Terima kasih kalian, kerana kalian adalah permulaanku di medan tempur ini, terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka yang tergalas di bahu ini..

~ Noktah bukan lambang berakhirnya sesuatu perkara, bahkan noktah adalah satu permulaan kepada cerita yang lebih baik~

1 comment:

tukangkondem said...

ceihui!!!haktui!!bagi misi lari...