Permulaan Tanpa Penghujung

Blog adalah tempat untuk aku mengeluarkan bicara hati yang mampuku luahkan..bukan semua kerana rahsia adalah pasti.. Di sini juga tempat untuk aku meluahkan pandanganku untuk dikongsi bersama kalian.Dasarilah kisahku dan lontarkan untaian kata agar nikmat kehidupan sentiasa mencongak.

Wednesday 6 January 2010

~ Antara Usia~

Assalamualaikum...


Sudah berbulan rasanya aku tidak memuatkan sebarang entri di alam maya ini. Entri kali ini aku ingin berkongsi pendapat tentang usia. Awal pagi, seleraku tetiba sahaja meminta meggi sup..kebiasaannya aku makan yang di masak dengan rice cooker temanku..tapi malam ini merupakan kali pertama aku makan sekadar berendamkan air hangat..ketika aku sedang sibuk ‘memasak’ di pantry, datang seorang student untuk mencuci pinggan mangkuk..usianya kukira sudah melewati 60-an. Sekurang-kurangnya itulah yang aku fikirkan..sudah melepasi usia bondaku di kampung. Di sini, aku akan menggunakan kata ganti nama sebagai ‘Makcik S’ untuk merujuk pelajar istimewa ini. Kalau hendak diingatkan semula, universitiku ini sudah banyak kali melahirkan graduan-graduan yang tergolong dalam golongan ‘orang lama’. Makcik yang menginap di arasku ini kukira seorang yang peramah, cuma aku sahaja yang tidak pandai meramahkan diri untuk mengajaknya berbual mesra. Bukan kerana meninggi diri, cuma aku kuathir kiranya diri ini tersasul bertanyakan soalan-soalan yang agak sensetif pada dirinya.


Melihat Makcik S membuatkan aku teringat kepada bonda di kampung halaman, teringat tentang topik yang kami bualkan pada suatu malam sewaktu cuti semester yang sudah. Seusai menonton rancangan berita di saluran perdana bagi kami sekeluarga, aku bertanyakan pendapat emak tentang ‘orang lama’ menyambung pelajarannya sesudah bersara dalam perkhidmatan. Pendapat yang aku terima daripada emak menyatakan bahawa jika emak, dia tidak menginginkan menyambung pelajarannya sesudah tamat perkhidmatannya nanti. Kerana kata mak, buat apalah menyusahkan diri dengan segala macam tugasan yang diberikan oleh pensyarah jika diri sudah melepasi separuh abad? Kata mak lagi, daripada memikirkan kerja-kerja kuliah, lebih baik mendekatkan diri dengan Tuhan. Bagi mak, usia yang telah melepasi separuh abad adalah usia emas yang perlu dipenuhi dengan ilmu-ilmu akhirat. Kemudian aku bertanya emak, tidak teringinkan dia menyambung impiannya untuk belajar di Menara Gading seperti yang pernah diimpikan di usia mudanya dahulu? Emak ketawa. Kata mak, “impian mak untuk masuk U sudah tercapai saat kedua-dua anak mak berjaya masuk ke universiti.” Aku terharu dengan ungkapan mak. Kata mak lagi, “saat mak menadah tangan di Masjidil Haram lapan tahun yang lalu, doa mak yang pertama adalah memohon agar kedua-dua anak mak berjaya memasuki universiti. Dan sekarang doa mak telah termakbul, buat apalah mak bersusah payah untuk masuk u lagi?”.


Pendapat aku pula, bagi aku tidak ada cacatnya ‘orang lama’ untuk menyambung pengajiannya di universiti kerana sewaktu aku dibangku sekolah dulu, guru mata pelajaran PA kertas II merupakan guru idolaku. Hal ini kerana walaupun beliau sebaya dengan ibuku, dia masih menyambung pengajiannya sehingga peringkat tertinggi, walaupun katanya dia hanya akan memperoleh Ijazah Kedoktoran sehari selepas dia bersara! Nah, itu dia semangat juang yang terlahir dari seorang manusia yang bergelar pendidik! Namun ada betulnya juga apa yang emak katakan. Walau bagaimanapun, terpulanglah pada diri masing-masing untuk mentakrifkan ke dalam interpretasi yang sebenar. Tentang Makcik S ini, aku kagum dengan beliau dek kental azamnya untuk belajar di Menara Gading walaupun insan-insan lain pada usianya sedang di kelilingi cucu cicit.


~Pujangga sering menyatakan, usia bukan penentu kepada darjah keintelektulan. Sebaliknya semakin meningkat bilangan umur seseorang, semakin kita kembali ke usia muda..Wallahhuallam...~

3 comments:

Anonymous said...

Usia bukan penghalang sesuatu perkara,tambahan pula soal pelajaran.

Nah dizaman nabi sendiri telah terukir suatu madah(hadith),"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad", "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China" dan pelbagai lagi ayat-ayat yang berkaitan dengan menuntut ilmu.

Jadi usia bukan penghalang..

Selain itu dalam islam juga Allah telah tekankan agar hambanya menuntut ilmu (membaca) seperti surah pertama dalam al-quran yang bermaksud,
"(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

(besambung) :P

Yg benar,
@f3ndy

sakura said...

Alhamdullillah..terima kasih di atas lontaran idea yang bernas..sy juga bersetuju..cuma masing2 ada pendirian sendiri..sekali lagi terima kasih..
wasalam

Afendy @ Ustazkodimero said...

Ehem2..asal x dew chatbox..?